Followers

Pages

Sunday, February 13, 2011

Dewan Amal Islami (DAMAI) UNIMAS Menyeru Mahasiswa UNIMAS Tidak Menyambut Valentine's Day

Assalamualaikum.
Salam sejahtera kepada anda semua.

Valentines Day membuka ruang kearah penzinaan


      Tarikh 14 Feb dikatakan sinonim dengan pasangan yang sedang bahagia bercinta.Jika pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga,Dewan Amal Islami (DAMAI) UNIMAS  mengucapkan selamat berbahagia.Semoga rumahtangga kalian kekal harmoni sehingga ke anak cucu.Malah,DAMAI UNIMAS akan terus mendoakan kebahagiaan kalian dan bukan pada tarikh 14 Feb ini sahaja.Tetapi,DAMAI UNIMAS menyaksikan kebahagiaan yang terpamer pada tarikh 14Feb tersebut ialah kebahagiaan yang terlarang.Kebahagiaan yang melanggar prinsip moral dan norma kehidupan.Sambutan Hari Valentine’s lebih membawa keburukan daripada kebaikan.DAMAI UNIMAS ingin mengajak seluruh mahasiswa kembali mengingati kempen Valentines Day pada tahun lepas.Adakah kalian sudah lupa bahawa kempen ‘No Panties Day’ ataupun ‘Hari Tidak Berbaju Dalam’ sudah dilancarkan pada sambutan Hari Valentine pada tahun lepas? Satu bukti yang penting menunjukkan mahasiswa UNIM AS seharusnya tidak menyambut Hari Valentine ini.

       DAMAI UNIMAS selaku badan mahasiswa yang cakna soal kebajikan mahasiswa Islam UNIMAS menyeru agar seluruh mahasiswa Islam di UNIMAS tidak terpengaruh dengan kempen-kempen yang dapat meruntuhkan akhlak ini.DAMAI UNIMAS juga berpendapat bahawa masyarakat mahasiswa bukan muslim di UNIMAS ini juga turut bersetuju bahawa kempen Valentine’s Day ini tidak mendapat tempat dan bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dalam agama kalian.Mereka yang menyambut Hari Valentine’s ini tidak menggunakan akal yang waras,malah lebih menuruti hawa nafsu yang sentiasa membuak dalam darah anak muda,khususnya golongan mahasiswa.

     Mahasiswa sepatutnya bukan setakat tidak membudayakan sambutan ini malah,bersama-sama dengan DAMAI UNIMAS untuk turun padang,menziarahi bilik-bilik di setiap kolej kediaman untuk memberikan penerangan kepada masyarakat mahasiswa UNIMAS tentang keburukan Hari Valentine’s ini.DAMAI UNIMAS berpendapat bahawa,Hari Valentine’s ini telah mengiktiraf pasangan-pasangan yang tidak mempunyai ikatan yang sah supaya lebih mesra berpacaran.Budaya yang tidak sihat ini seolah-olah mendapat pengiktirafan masyarakat di Malaysia sedangkan dalam masa yang sama,kita melihat masyarakat mengutuk sekeras-kerasnya masalah pembuangan bayi dan pemerkosaan terhadap wanita.

       Adakah mahasiswa UNIMAS tidak melihat bahawa Hari Valentine’s ini merupakan pemangkin kepada masalah sosial yang sangat kritikal tersebut? Satu pasangan keluar berdua-duaan menyambut Hari Valentines.Teman lelakinya mengajak si gadis keluar menikmati ‘candle light’ dinner dengan keretanya.Bunga ros merah,satu coklat Cadburry dan kad yang sangat cantik dihadiahkan kepada siadis yang sungguh anggun pada malam itu.Si gadis tersenyum bahagia.Kasih-sayangnya pada lelaki semakin utuh.Pada fikirannya,dialah wanita yang paling bahagia.Adakah malam yang bahagia itu,akan berakhir dengan begitu sahaja? DAMAI UNIMAS sangat meyakini mahasiswa UNIMAS  dapat meneka,apa kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada sigadis tersebut.Mungkin bermula dengan ciuman manja dan akan berakhir dengan kehilangan makhota.Adakah perkara tersebut mustahil?Tepuk dada,Tanya selera.

     Mungkin ada dalam kalangan mahasiswa UNIMAS berpendapat bahawa DAMAI UNIMAS berfikiran tidak matang dan tidak terbuka.Kami ingin menjelaskan prinsip kami bahawa kami cakna kebajikan mahasiswa UNIMAS.Khususnya mahasiswa  Islam.Kami meyakini dan memahami bahawa mencegah lebih baik daripada merawat.Menutup ruang lebih baik daripada mendapat peluang.Satu amaran yang sangat jelas telah diberikan oleh Pencipta Alam semeta ini.Allah swt telah berfirman.

“Dan janganlah kamu MENGHAMPIRI zina,sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang sangat keji dan jahat” Surah Al Isra’: 32

Allah swt secara jelas menyebut “dan janganlah kamu MENGHAMPIRI”.Jika menghampiri pun sudah ditegah,apatah lagi kita melakukan zina tersebut.DAMAI UNIMAS berpendapat bahawa menyambut Hari Valentine’s adalah salah satu perbuatan menghampiri zina.Oleh hal yang demikian,perbuatan menyambut Hari Valentine’s adalah sesuatu yang sangat keji dan berdosa.

Untuk pengetahuan mahasiswa UNIMAS sekalian,

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan

“Bahawa amalan merayakan Valentines Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat dan dilarang oleh Islam”

Justeru,Dewan Amal Islami (DAMAI) UNIMAS menyeru mahasiswa UNIMAS agar tidak merayakan sambutan Hari Valentine/Hari Kekasih serta menghindari perkara yang menjeru,us kearah meraikannya.Perkara-perkara tersebut termasuklah :

1)      Keluar berfoya-foya dengan kekasih pada hari tersebut.
2)      Menghantar kad-kad Valentines Day
3)      Menulis ucapan kata-kata cinta dalam Kad Valentines dengan menyatakan keinginan cinta pada kekasih kerana perbuatan ini seolah-olah mempercayai ‘keajaiban’ Hari Valentines.


      Oleh hal yang demikian,DAMAI UNIMAS menyeru agar mahasiswa UNIMAS berfikir dengan rasional dalam meraikan sambutan Hari Valentines ini.DAMAI UNIMAS menyeru sahabat-sahabat daripada kelab dan sekteriat lain seperti Kelab Penyayang,Kelab Debat dan sebagainya untuk bersama-sama kami dalam memupuk kesedaran dan menjana akhlak yang bermoral tinggi dalam kalangan mahasiswa UNIMAS.


Say No tu Valentine’s Day
Muhammad Mus’ab Muzahar
Ketua Lujnah Kebajikan
Dewan Amal Islami UNIMAS



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...