Followers

Pages

Monday, January 31, 2011

Demonstrasi 4 Feb 2011.Demi Keadilan Islam dan demokrasi di Malaysia.

As salam,
 
Alhamdulillah serahan memo bantahan telah dibuat pada kira-kira jam 11.40 pagi tadi setelah kurang lebih 30 minit menunggu. Pada mulanya disangka ada pegawai kedutaan Mesir yang akan menyambut namun setelah beberapa kali dipanggil dan tiada wakil yang sambut di pintu utama, perwakilan NGO dan Parti Politik telah menyerahkannya melalui peti surat kedutaan.
 
Perwakilan yang hadir terdiri daripada PAS - Mohd Sabu, Syed Azman, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi; PKR - Tian Chua dan Yusmadi; PSM - Dr Nasir Hashim dan Arutchelvam, IKRAM/JIM - Syed Ibrahim, Zaid Kamaruddin dan Nahar Md Nor; ILAM (Pertubuhan bekas pelajar Mesir) dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
 
Sdr Arutchelvam (SUA PSM) telah membacakan memorandum gabungan NGO dan Parti Politik yang antara lain mengecam tindakan kejam dan ganas rejim Mubarak terhadap rakyat Mesir serta menuntut Husni Mubarak dan rejimnya berundur dan digantikan dengan pimpinan yang diwakili dan disetujui oleh rakyat. Pada penghujungnya, Sdr Mohd Sabu telah mengumumkan dan mengajak rakyat Malaysia untuk berhimpun pada hari Jumaat, 4 Februari 2011 di Masjid KLCC, Kuala Lumpur bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Mesir dan menuntut Husni Mubarak meletak jawatan serta-merta.
 
Turut hadir sebagai solidariti bersama rakyat Mesir adalah ahli-ahli daripada NGO - JIM, IKRAM dan Parti Politik, sekitar 100 orang. Pihak polis berpakaian seragam, FRU dan berpakaian biasa turut hadir mengawal keadaan tetapi tidak menghalang majlis yang diselang-seli dengan ucapan-ucapan. Antara yang berucap ialah Hj Nahar.
 
Walaupun pihak kedutaan telah dimaklumkan tentang majlis serahan tersebut tetapi ternyata mereka tidak berani menyambutnya. Mungkin kerana tidak pasti tentang kedudukan mereka atau mungkin kerana masih bimbang dan takut dengan rejim Husni Mubarak. Ini dalam pada rakyat mereka sendiri telah berani bangkit dan menzahirkan perasaan marah dan benci mereka kepada rejim Mubarak.
 
Apa pun, kepekaan dan kepedulian kita terhadap rakyat Mesir mesti terus ditingkatkan. Mereka bangkit dalam keadaan kongkongan rejim Mubarak. Mereka bangkit dalam keadaan penuh kesusahan...dengan kadar pengangguran yang tinggi, jurang pendapatan yang lebar, sistem politik yang autokratik dan sistem sosial yang tidak berpaksi kesejahteraan rakyat. Dan setelah beberapa hari, mereka masih terus berjuang membebaskan bumi Mesir daripada kuku besi rejim Mubarak. Sesuatu yang 'unprecedented' atau menakjubkan walau apa analisis dan cerita di belakang tabir yang dibaca (wikileaks etc).
 
Oleh itu, diseru kepada ikhwah dan akhawat untuk bersedia membuktikan solidariti kita bersama rakyat Mesir atas nama keadilan Islam, demokrasi dan keamanan untuk hadir berhimpun pada hari Jumaat, 4 Februari 2011 di Masjid KLCC, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat. Arahan atau maklumat terperinci akan diberitahu.
 
DOWN, DOWN...DOWN Mubarak! UP, UP...UP Eyptians!
UNDUR, UNDUR...UNDUR Mubarak! Hidup, Hidup...Hidup Rakyat Mesir!
 
Syed Ibrahim Alhabshi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...