Followers

Pages

Thursday, January 20, 2011

'Merakyatkan Mahasiswa'

mencetak peribadi manusia
Assalamualaikum.
Salam Perjuangan kepada kalian.

   Syukur.Kita masih lagi diberi peluang memanfaatkan udara segar ciptaan Allah.Kita masih lagi mampu merasai nikmat belajar,bekerja dan bertegur sapa.Kebelakangan ini,tanggungjawab melebihi masa yang ada.Seperti ramai sheikhul ikhwan yang bertanya kepada As Syahid Imam Hassan Al Banna kenapa beliau tidak menulis buku,beliau langsung menjawab "Bagaimana aku hendak menulis buku sedangkan aku sibuk mencetak peribadi manusia".Mencetak peribadi manusia? satu ungkapan menarik yang diungkapkan oleh Mujadid abad yang terakhir ini.Manusia sering berbicara untuk mengubah dunia,tetapi jarang yang berbicara bagaimana ingin mengubah diri sendiri.Saya ingin tegaskan,menjadi seorang islam,bukanlah kerja-kerja kita untuk mengubah islam itu,tetapi ianya adalah berkaitan dengan mengubah diri sendiri.

     Pelbagai peristiwa yang berlaku di Malaysia dan beberapa negara lain amat menyedihkan dan menyayatkan hati saya.Saya menyedari perlunya ada kesungguhan dan tindakan.Saya perlu mengorak langkah daripada hanya memberi kesedaran kepada membina,daripada hanya mengajar kepada mengasaskan sesuatu.Saya mula mengorak langkah dengan bertemu ramai pemimpin masyarakat.Saya kemukakan kepada mereka betapa perlunya kita bangkit,berusaha dan mengorak langkah secara bersungguh dan efektif.Saya mendapat pelbagai sambutan.Ada yang keberatan,ada yang memberangsangkan dan ada yang meminta masa.

    Teringat satu ungkapan

"The smallest minds,talk about events,
  The average minds talk about issues
  The greatest mind talk about IDEALISME"

    Cetusan idea 'merakyatkan mahasiswa' adalah tulus daripada sanubari saya untuk melihat komuniti mahasiswa sebagai satu komuniti yang inklusif bukan ekslusif dan terpencil.Satu ungkapan menyebut,3 golongan yang mampu membangunkan dan menjatuhkan negara ialah Tentera,Buruh dan Mahasiswa.Jelas menunjukkan bahawa komuniti mahasiswa sepatutnya selari dengan perubahan zaman.Pandangan mahasiswa sepatutnya ditunggu-tunggu oleh rakyat.Hal ini demikian kerana mahasiswa adalah golongan intelek.Impak gerakan mahasiswa sepatutnya mampu merubah landskap politik,ekonomi dan sosial negara.Kenyataannya sekarang ialah,mahasiswa telah dipinggirkan.Dikurung dalam sangkar.Kegiatan mahasiswa menjadi ekslusif,Mahasiswa tidak dibenarkan menyentuh isu-isu utama secara bebas.Segala tindakan mahasiswa dipandang prejudis.Mahasiswa yang agak lantang digeruni.Dituduh menjadi kuda tunggangan parti-parti politik tertentu dalam ataupun luar negara.Saya hairan melihat situasi ini.

     Merakyatkan mahasiswa adalah harapan saya untuk melihat fungsi mahasiswa ini kembali menjadi seperti seorang rakyat.Lebih daripada itu,saya ingin melihat mahasiswa itu sendiri memimpin rakyat.Mahasiswa kembali menjadi rakyat yang mempunyai hak disisi perlembagaan.Rakyat yang bebas bersuara memberikan pandangan.Rakyat yang bebas memilih wakil-wakilnya di parlimen.Adakah salah jika seorang mahasiswa itu ingin berpolitik sedangkan kawan-kawan nya yang sebaya di luar kampus sana boleh menjadi anggota parti politik malahan ada yang menjadi calon Yang Berhormat !

    Saya sayang dunia mahasiswa.Saya sayang Malaysia.Saya ingin menolong para pemimpin kita untuk mencapat modal insan kelas pertama.Saya alihkan pandangan saya kepada teman-teman dan sahabat yang bersama-sama saya ketika STPM.Saya berkongsi perasaan kasih sayang dan semangat untuk memikul tanggungjawab ini.Oleh hal yang demikian,kami mengasaskan PEMIKIR.(lihat entry dibawah 'Ini Sejarah PEMIKIR').Kami telah berjanji dan berikrar supaya setiap kami berusaha untuk mencapai matlamat ini.Sehingga budaya ummah ini berubah kepada fitrah islam yang baik.

     Hanya Allah yang tahu betapa malam kami telah habiskan untuk meneliti nasib dan ancaman yang menimpa ummah ini dalam segenap aspek kehidupan mereka.Kami analisa setiap punca dan penyakitnya.Kami fikirkan cara untuk mengenalpasti dan merawat penyakitnya,Hasil yang kami perolehi membuatkan kami menangis.

     Kami amat terkejut dengan sikap mereka ini dan sikap kebanyakan ahli politik dan cendikiawan.Sedangkan meraka yang layak memikul tanggungjawab ini.Ketika itu,salah seorang daripada sahabat kami berkata.Bukankah ini salah satu penyakit umat ini?Malah ia mungkin penyakit yang paling berbahaya,iaitu apabila manusia tidak berfikir tentang penyakitnya sendiri dan tidak berusaha merawat dirinya.

     Didorong oleh masalah ini dan masalah-masalah yang seumpama inilah kami mula mengorak langkah berusaha.Demi memperbetulkan segala kepincangan ini kami telah mewakafkan diri kami,Kami bersabar dan kami bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kami orang-orang yang mengajak manusia ke arah Nya dan bekerja demi agamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...