Followers

Pages

Saturday, January 29, 2011

Mesir bergolak! Sabarlah adikku !



    

Assalamualaikum.

Salam Perjuangan.
suasana di Cairo

     Warkah ini saya titipkan kepada adik saya,Akh Muhammad Munzir Muzahar yang sedang berjuang di Universiti Al Azhar,Mesir.Untuk pengetahuan,rakyat Mesir sedang berdemontrasi,mencetuskan revolusi.Rakyat Mesir sedang menggulingkan kerajaan zalim pimpinan Husnei Mubarak.Berikutan itu,pemimpin Parti Ikhwanul Muslimin ditangkap dan disumbat ke dalam penjara.Terbaru,Husnei Mubarak mengisytiharkan pilihanraya di Mesir.Seolah-olah memberi petanda bahawa konco-konco Regim Gamal Abd Nasier ini akan hancur dalam masa terdekat ini!

     Al Jazeera melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 20 orang sudah mati dan lebih 1000 orang sudah tercedera.Infrastruktur bangunan lumpuh dan tembakan kedengaran dibangunan parlimen Mesir.Bilangan rakyat yang bangkit memberontak semakin tinggi. Ketika ini, bangunan parti pemerintah,konco Regim Gamal Abd Nasier telah terbakar. Moga Allah SWT akan terus memberikan kekuatan kepada mu wahai adikku untuk menghadapi saat-saat genting ini.Abang ucapkan tahniah kerana Allah telah memilih kamu untuk bersama-sama mereka.Menyaksikan Kerajaan yang telah memalukan umat islam diseluruh dunia ini tumbang.Jika kamu disakiti dan ditimpa musibah,Abang akan menjadi orang yang paling cemburu kerana kamu lebih awal menyusuri Sunnah daripadaku.

Ingatlah wahai adikku,

Firman Allah yang bermaksud;
 "Sesungguhnya Allah pasti menolong orang menolong (agamanya), sesungguhnya Allah benar-benar maha kuat lagi maha perkasa" (al-Hajj:40).

"Sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah, dipesakakannya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya" (al A'raf:128).

"Negeri akhirat itu Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa" ( al Qasas:83)

     Sama-sama kita doakan agar sahabat Ikhwanul Muslimin berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan ini seterusnya membuka sekatan Mesir-Gaza bagi membuka laluan bantuan rakyat dunia ke Palestin.Kita juga mengharapkan jamaah islam yang tertua selepas kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah 1924 ini mampu memberi nafas baru kepada umat Mesir dan Dunia Islam ini.Parti yang diasaskan AsSyahid Imam Hassan Al Banna ini akan memimpin dunia Islam tidak lama lagi!

     Januari 2011 mencatat sejarah penting.Bulan ini akan dikenang selama-lamanya.Bulan ini sedang mengintepretasi segala lahar-lahar berapi yang berada dalam hati penduduk dunia.Bulan ini adalah kemuncak! Kita menyaksikan beberapa revolusi telah berlaku.Peta Dunia seolah-olah berubah dan dunia sedang menyaksikan negara yang tidak terkenal seperti Tunisia telah memuntahkan laharnya.Singa-singa yang berpuluh tahun mencengkam seolah-olah kehilangan kuku dan taringnya.Untuk memahami apa yang berlaku mutaakhir ini,alangkah eloknya jika kita berundur 30 tahun kebelakang sebentar.

1)    1) Revolusi Islam Iran pada 1979,
2)    2) kebangkitan rakyat Palestin bersama Hamas melancarkan Intifadhah pada 1986,
3)    kejayaan parti AKP Turki mengambil-alih tampuk pemerintahan negara sekaligus  membebaskan rakyatnya dari cengkaman dan fahaman sekular sesat
4)    3) Kejayaan HAMAS pada pilihanraya Palestin tahun 2006
5)    4) Kejayaan Hizbullah di Lubnan menghalau tentera Israel pada 2006,
6)    5) Hari ini kita menyaksikan sendiri kebangkitan rakyat terus berlaku di mana saja. Yang  terkini berlaku di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

  Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke Timur Tengah dengan pantas.Sekarang,kebangkitan   rakyat juga sedang berlaku di Jordan,Algeria dan Turki.

Mohamed Bouazizi telah bertindak membakar dirinya di luar bangunan pejabat majlis   perbandaran sebagai protes di atas segala bentuk kezaliman pihak berkuasa terhadap dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.


     Apa yang berlaku di Tunisia sebenarnya? segala-galanya bermula apabila seorang pemuda terpelajar yang menganggur sedang menjual barangan tanpa mempunyai permit, lalu dia ditahan polis dan barangannya dirampas. Pemuda ini bertindak membakar diri kerana membantah dan dia akhirnya meninggal dunia. Permulaan inilah yang memercikkan api kebangkitan rakyat yang menukar lanskap politik Tunisia.


     Hakikat yang perlu kita terima,perbuatan ini berlaku di Mesir dan di Algeria, apabila seorang anak muda di Mesir dan di Algeria cuba membakar diri masing-masing sebagai tindakan memprotes situasi politik dan ekonomi di kedua buah negara umat Islam itu. Ia menandakan bahawa rentetan tragedi berdarah di Tunisia menyeberangi melampaui sempadan Tunisia, mengheret seluruh Jazirah Arab.

    Menurut rekod,demonstrasi luarbiasa ini adalah antara yang terbesar pernah berlaku di Mesir sejak himpunan rakyat 2003 menentang perang Iraq dan himpunan menuntut pilihanraya bebas dan reformasi masyarakat.

     Kuasa rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan Ben Ali selama 23 tahun. Ben Ali memerintah secara autokratik sejak rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada tahun 1987. Regim Ben Ali selama pemerintahannya menyekat aktiviti politik pembangkang dan ramai penentang-penentang politiknya dipenjarakan.Namun, perlu diingat bahawa rakyat Tunisa telah menumbangkan Kerajaan Tunisia yang dipimpin oleh Zine el Abidine Ben Ali bukannya menumbang sistem pemerintahan sekular. Kerajaan sekular harus dihancurkan dengan melumatkan sistemnya bukannya individunya.

     Kebangkitan ini dengan demonstarsi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia. Mesir. Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara umat Islam. Ia fenomena yang membimbangkan negara-negara diseluruh Semenanjung Arab.

    Negara-negara ini bimbang teori domino bakal berlaku. Selepas Tunisia akan muncul kebangkitan rakyat di negara mereka. Reaksi dari kebangkitan di Tunisia mulai dirasakan di Mesir, Kuwiat, Algeria, Jordan apabila rakyat negara-negara ini berhimpun berdemonstrasi menggerakkan perjuangan kebangkitan rakyat.

Adikku,
Semua perkara yang berlaku menuntut kita semua beramal. Beramal dengan tekun dan sabar. Allah SWT akan menentukan masa kemenangannya. Usaha dakwah dan tajmik. Usaha membina syakhisyyah Islamiyyah di kalangan umat. Memilih anasir soleh dan mendidik mereka dengan syakhsiyyah jamaiyyah seterusnya membawa mereka ke alam realiti dakwah dan pengorbanan, ke arah riaayah jamahiriyyah. Melakukan dakwah, memuliakan ummah, menyantuni masyarakat dengan dakwah dan kebaikan. Rakyat akan melihat amal kita. Amal kita akan berbicara. Berbicara dengan jujur dan ikhlas lebih kuat dari suara-suara kita. Oleh itu teruslah bekerja dengan penuh sabar dan thabat, jujur dan ikhlas mengharapkan wajah Allah SWT!










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...