Followers

Pages

Wednesday, January 19, 2011

Kisah Pemuda Tak Macam Biasa - 'Ini Sejarah PEMIKIR'


Assalamualaikum..
Salam Perjuangan kpd readerZ sekalian.

Tulisan ini adalah tulisan bersama:

Muhammad Mus'ab Muzahar (UNIMAS,Sarawak)
Mat Azizur Raziz (UUM,Sintok)
Mohd Shaheer Ibrahim (KTB,Setiu)

InsyaAllah..hari ni saya akan menceritakan mehnah dan tribulasi yang KAMI hadapi ketika menubuhkan PEMIKIR.Untuk pengetahuan readerZ sekalian,PEMIKIR sudah menyambut ulang tahun penubuhan pada 15 Januari yang lepas.

Assalamualaikum.
Sedar ataupun tidak,sudah setahun PEMIKIR ditubuhkan.
Ana yakin,masih ramai yang tidak menyedari kehadiran PEMIKIR dalam mewarnai dunia tarbiyyah,dakwah dan islah ini.
Siapakah PEMIKIR? Siapakah yang mengasaskannya? 
Apakah objektif penubuhannya? Bagaimanakah sistem Pentarbiahannya?Sejauh manakah PEMIKIR telah membantu aktiviti dakwah,tarbiyyah dan aktivisme?

Ana harap artikel yang kami namakan 'Ini Sejarah PEMIKIR' ini dapat menjelaskan secara lebih terperinci mengenai pertubuhan ini.
Ana juga mohon sedikit masa antum untuk membaca artikel ini dengan mata dan memahaminya dengan HATI supaya antum dapat memahami rijal-rijal yang berjiwa besar ini.

80% Nama-nama yang disebutkan dalam artikel ini sedang mengikuti usrah di universiti masing-masing samada dalam ataupun luar negara
20% lagi sedang disusun dan dalam masa yg terdekat akan mengikuti usrah

Assalamualaikum..
Sebagai pengenalan,PEMIKIR bermatlamat menjadi badan alumni kepada mantan pemimpin-pemimpin pelajar negeri Terengganu.

    Mengimbas kembali sejarah penubuhan PEMIKIR, pertubuhan ini sebenarnya tercetus di Pulau Petang,Kenyir. Pada awal bulan Februari 2009 , Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan Kem Minda Cemerlang Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Terengganu.

   Peserta-peserta kem ini terdiri daripada Ketua dan Penolong ketua pelajar sekolah menengah di negeri Trg.Kem ini diadakan sebanyak dua fasa mengikut kuota yang ditentukan oleh pihak penganjur.Jika Ketua Pelajar (lelaki) telah dipilih untuk mewakili sekolah pada fasa yang pertama di pulau Petang, Kenyir maka Pen Ketua Pelajar (perempuan) akan mengikuti kem pada fasa yang ke 2 di Pulau Redang.Hal ini bermakna,hanya seorang wakil bagi setiap sekolah pada dua fasa tersebut.Begitulah sebaliknya.

Fasa 1 di Pulau Petang,Kenyir,13-16 Februari 2009
Fasa 2 di Pulau Redang pada tarikh 31- 4 April 2009.

    Semasa kem fasa 1 di Pulau Petang,Kenyir,telah timbul satu kesedaran untuk menubuhkan satu majlis kepimpinan di peringkat negeri. Idea awal dicetuskan oleh Saudara Mat Azizur b. Raziz ( mantan ketua pelajar SMK. Ibrahim Fikri 2009). Pada konsep awal, saudara Mat Azizur Raziz telah mencadangkan satu Majlis Pemimpin Pelajar peringkat negeri yang akan dianggotai oleh semua Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar.Penubuhan majlis tersebut akan menjadi platform untuk semua KP dan PKP berbincang bagi menjana kepimpinan yang berkualiti sekali gus dapat memberi ruang yang lebih kepada pemimpin2 pelajar bersuara tentang isu-isu pelajar.

    Idea tersebut disambut baik dalam kalangan KP dan PKP. Antara yang tampil memberi sokongan ialah Saudara Mohd Shaheer Ibrahim ( mantan ketua pelajar SMK. Manir 2009), Puteri Aishah Naquiah bt. Nasri ( mantan penolong ketua pelajar SMK. Tg. Bariah 2009), Muhammad Amir B. A Rashid (mantan ketua pelajar SMK. DATO Razali Ismail 2009. Namun begitu, atas kekangan masa program, perbincangan tentang hal ini tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Namun begitu, pada malam terakhir progam, Saudara Mat Azizur Raziz dan Saudara Mohd Shaheer Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan semua peserta lelaki kem tersebut bagi mengadakan satu mesyuarat tidak rasmi. Walaupun tidak semua hadir, mesyuarat tidak rasmi pada malam itu mendapat sambutan yang hangat.

    Tujuan mesyuarat itu ialah untuk meminta pandangan dan perstujuan mengenai cadangan penubuhan majlis pemimpin pelajar Negeri Terengganu. Alhamdullilah, ramai di antara Ketua Pelajar tersebut telah tampil memberi pendapat dan sangat bersetuju dengan cadangan tersebut.Antaranya Fazdi Azri B. Omar (mantan ketua pelajar SMK Balai Besar 2009) , Wan Mohd. Amzar I'bad Muhaimin B.Noor Azmee ( Perwakilan SMKA Nurul Ittifaq) , Azra Muzamil B. Abdullah (mantan ketua pelajar SMK. Kerteh 2009) . Dua minggu selepas kem tersebut, satu kertas kerja telah disiapkan Mat  Azizur Raziz dan Mohd Shaheer Ibrahim. Selaku wakil KP,mereka telah ke JPNT  dan mengadakan perbincangan tentang penubuhan majlis tersebut.

    Pada mulanya, perkara ini mendapat sambutan yang menggalakan dari pihak JPNT. Namun begitu, penubuhan Majlis tersebut terbantut atas beberapa faktor.

    Kisah semangat pemuda di Pulau Petang,Kenyir berhenti seketika bagi menunggu 50% lagi Ketua dan Penolong Ketua Pelajar yang tidak dipilih untuk mengikuti kem fasa 1 tetapi dipilih untuk mengikuti kem fasa 2 di Pulau Redang.Di Pulau Redang,tokoh-tokoh pelajar yang bersemangat dan berfikiran di luar kotak juga mewarnai kehangatan kem ini.Diantaranya ialah Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar (Mantan Ketua Pelajar SMK Sultan Ismail 2009) dan Nur Shaadah Ramli (Mantan Penolong Ketua Pelajar SMK Bukit Tunggal 2009).Saudara Muhammad Mus'ab Muzahar telah mengambil peranan yang cukup penting sebagai duta yang menyambung hubungan diantara peserta kem fasa 1 dan peserta kem fasa 2. Beliau telah mengumpulkan maklumat setiap Ketua Pelajar  dan Penolong Ketua Pelajar yang ada dan mengumumkan agenda penubuhan Majlis Pemimpin Pelajar kepada semua peserta di Pulau Redang tersebut.Maklumat tersebut telah digunakan sebagai asas yang penting dalam menghimpunkan semula ahli-ahli PEMIKIR.

    Revolusi kepemimpinan pelajar terus berlaku apabila Perhimpunan Minda Cemerlang fasa 3 telah diadakan di SMK Belara pada 30 dan 31 Julai 2009.Sebenarnya,fasa ini adalah fasa yang menghimpunkan peserta fasa 1 dan fasa 2.Hal ini juga membawa maksud,jumlah peserta dalam kem fasa 3 adalah yang paling ramai memandangkan ianya adalah himpunan seluruh Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar secara serentak.Pada permulaan pembentangan, Saudara Mohd. Shaheer Ibrahim sekali lagi mencadangkan penubuhan Majlis Pemimpin Pelajar.Seterusnya,saudara  Abdul Rahim B. Daub (mantan ketua pelajar SMK Merchang 2009) telah dipilih untuk mewakili kami semua membahaskan  isu-isu dan masalah dalam kalangan pelajar.Manakala Saudara Muhammad  Mus'ab Muzahar (mantan Ketua Pelajar SMK Sultan Ismail 2009) pula telah dipilih untuk mewakili semua untuk membentangkan seterusnya menyerahkan Deklarasi Belara 310709.Beliau dengan lantang menyuarakan segala keputusan yang dibuat dalam mesyuarat ketua-ketua kumpulan pada malam sebelum itu.Kemuncak kepada perhimpunan tersebut, Deklarasi Belara 31 07 2009 diluluskan sebulat suara.Resolusi tersebut telah Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar serahkan kepada wakil JPNT sebagai simbolik kepada hasrat dan semangat pimpinan pelajar 2009 untuk melihat perubahan.Antara resolusi yang dipersetujui:

1) Penjenamaan semula Badan Pengawas kepada Majlis Pemimpin Pelajar
2) Sistem perlantikan pengawas ditukarkan kepada sistem berasakan pilihan raya.
3) Mengiktiraf Majlis Ketua Pelajar peringkat negeri Trg.


    Perkara penting yang hendak kami persoalkan di sini ialah,adakah tuntutan kami dalam Deklarasi Belara 310709 dipenuhi? Untuk pengetahuan,kami tidak mendapat maklumbalas yang memuaskan daripada pihak penganjur bagi merealisasikan agenda-agenda tersebut.Jadi,kami telah membuat keputusan untuk bergerak sendiri dan menubuhkan satu Non Goverment Organisation (NGO).Kami ingin buktikan bahawa kami mampu lakukan dan kami bukan bercakap kosong pada Deklarasi Belara 310709 tersebut.Sesunguhnya,kami nekad untuk mencipta satu fenomena di bumi Terengganu yang tercinta ini.Hubungan kami menjadi begitu rapat. Masing-masing rasa terlalu sayang untuk menjarakkan ukhwah yang terjalin. Selepas perhimpunan tersebut,Mat Azizur Raziz telah bertindak menghantar surat kepada semua KP & PKP dan mencadangkan alumni sebagai penyelesaian kepada masalah ini. Oleh sebab ketika itu waktu peperiksaan SPM dan STPM semakin hampir,ramai yang kurang member respon.

    Tahun 2009 berakhir.Namun,tidak bermakna usaha murni ini terkubur. Atas nama ukhwah, gerak kerja diatur bagi menjayakan penubuhan alumni (pada awalnya alumni ini dikenali sebagai Pertubuhan Alumni Minda Cemerlang, PEMANCAR. Namun,terpaksa ditukarkan kepada PEMIKIR kerana terdapat persatuan lain yang telah menggunakan PEMANCAR. Dua mesyuarat awal telah diadakan.Pertama bagi Zon Utara yang di adakan di SMK. Ibrahim Fikri pada 15 Januari 2010.Mesyuarat ini telah dihadiri oleh:

1) Mat Azizur bin Raziz (mantan Kp SMK Ibrahim Fikri 2009)
2) Mohd. Shaheer bin Ibrahim(mantan KP SMK Manir 2009)
3) Mohd. Nazirul Ibrahim (mantan KP SMK Ajil 2009)
4) Mohd. Dzulkifly (mantan KP SMK Nasiruddin  Shah 2009)
5) Ahmad Syafiq bin Rahim (mantan KP SM IMTIAZ Dgn 2009)
6) Puteri Aishah Naquiah (mantan KP SMK. TG. Bariah 2009)
7) Nur Shaadah bt. Ramli (mantan PKP SMK Bukit Tunggal)

Kali kedua untuk Zon Selatan yang diadakan di SMK. TG. Intan Zaharah pada 22 Januari 2010 dan dihadiri oleh:

1)      Mat Azizur bin Raziz (mantan KP SMK. Ibrahim Fikri 2009)
2)      Mohd. Shaheer bin Ibrahim(mantan KP SMK Manir 2009)
3)      Muhammad Mus’ab Muzahar (Mantan KP SMK Sultan Ismail 2009)
4)      Ahmad Syafiq bin Rahim ( mantan KP IMTIAZ Dgn 2009)
5)      Abdul Rahim b Daub (mantan KP SMK Merchang 2009)
6)      Mohd Rahimi b Rahim (mantan KP SMK Tg Intan Zaharah 2009)

    Hasil dari mesyuarat tersebut, pimpinan penaja PEMIKIR berikrar untuk bersama-sama menjayakan PEMIKIR.Tugas utama ialah mengumplkan ahli dan mengadakan Mesyuarat Agung. Proses pendaftaran PEMIKIR dijalankan Beberapa keputusan telah dicapai. Dalam tempoh setahun penubuhan PEMIKIR, beberapa progam telah dijalankan sama ada sebagai jemputan atau dikendalikan sepenuhnya. Antaranya ialah :

1) Himpunan Pemimpin Pelajar Gen-Y (HOPE Gen-Y)
2) Fasilitator jemputan Program PINTAR (Perhimpunan Remaja Soleh-Solehah Trg)
3) Fasilitator jemputan program KBM (Keindahan BersamaMu)
4) Fasilitator jemputan program LEADERS (Latihan Ekstensif Asas Dakwah dan Kepemimpinan Remaja Soleh wa Musleh)
5) Fasilitator Kursus Kepimpinan AJK Asrama SMK. Ibrahim Fikri
6) Kem Motivasi Pelajar Asrama SMK. SG. Tong.
7) Jamuan Perpisahan Pemikir.
8) Jamuan Raya Pemikir
9) Germ:Gerak Fikri 2011 (Gelombang Pimpinan Pelajar Menengah Trg)
10) membantu Aqsa Syarif Trg dalam menjayakan Malam Gaza,Kami Bersamamu

    Namun,saat yang paling penting dalam pembentukan PEMIKIR ialah Program Himpunan Pemimpin Pelajar Generasi-Y (Hope Gen-Y).Pengarah Prog ini ialah Saudara Muhammad Mus’ab Muzahar (Mantan KP SMK Sultan Ismail 2009).Beliau juga adalah wakil daripada Pertubuhan IKRAM Trg.Perhimpunan ini telah diadakan pada 26 dan 27 Februari bertempat di SMK. Ibrahim Fikri.Perhimpunan ini menjadi titik penting kepada pembentukan PEMIKIR kerana perhimpunan ini merupakan perhimpunan pertama yang mengumpulkan sahabat -sahabat PEMIKIR setelah selesai Peperiksaan SPM dan STPM.Ahli PEMIKIR telah didedahkan dengan agenda asas kebangkitan ummah.Kami dihadamkan dengan modul Ini Sejarah KITA yg disampaikan oleh Tn Hj Fakhrul Anuar Zulkawi.Fasilitator bagi program ini ialah daripada Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Terengganu yang sangat mesra dan berbakat.Ahli-ahli PEMIKIR turut diperkenalkan dengan sistem tarbiyyah melalui usrah sebagai input untuk mengimbangi aktivisme yang sedang dilakukan. Beberapa keputusan yang telah dicapai semasa Program HOPE GEN-Y ini.Pada akhir program,satu Deklarasi Hope Gen-Y telah diluluskan oleh semua perwakilan.

Empat Objektif PEMIKIR ialah:

i.  Memastikan ukhwah,silaturrahim dan mahabbah dalam kalangan ahli menjadi teras kepada organisasi.
ii. Menjana kepemimpinan dakwah dalam pemimpin pelajar dan belia di Negeri Trg
iii. Mengislahkan masyarakat berteraskan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Al Qur’an dan Assunnah.
iv  Membentuk satu platform dalam melahirkan barisan kepemimpinan kerajaan negeri pada masa hadapan.

     Sebelum berakhirnya HOPE Gen-Y,Perwakilan sebulat suara memilih Tn Hj Fakhrul Anwar Zulkawi (IKRAM Trg) sebagai penaung PEMIKIR.

     Manakala pada 29 Disember 2010,Majlis Syura PEMIKIR juga sebulat suara bersetuju melantik Ust Muzahar b Hitam (IKRAM Trg) sebagai Penasihat Strategi PEMIKIR dan Ustazah Noriah bt Yusof (IKRAM Trg) sebagai Penasihat Hal Ehwal Wanita PEMIKIR.Semoga dengan perlantikan ini,akan terus merancakkan usaha islah,dakwah dan tarbiyyah pemuda dan pemudi ini.Paling penting,ahli PEMIKIR sentiasa dibimbing bagi memastikan perjuangan sentiasa berlandaskan syariat Islam yang tercinta.

     Lebih menggembirakan,apabila PEMIKIR membuka keahliannya kepada pimpinan sekolah swasta.Paling cepat memberikan respon ialah Mantan YDP SMI Al Amin Kemaman,Akh Muhammad Munzir Muzahar yang juga penerima Anugerah Remaja Qudwah Nasional 2009.Bermula daripada saat tersebut,SMI Al Amin Kemaman dijadikan sekolah Role Model kpd pimpinan PEMIKIR.

     PEMIKIR merupakan sebuah pertubuhan yang julung-julung kalinya ditubuhkan bertujuan sebagai alumni pemimpin pelajar. Walaupun masih baru, namun berkat  kesungguhan semua sahabat-sahabat ahli, PEMIKIR menjadi pertubuhan yang agak kukuh pada masa ini. Selain itu, faktor kepemimpinan yang cekap dan menjadikan syura sebagai ikutan , maka PEMIKIR semakin kukuh dan aktif. Wasail tarbiyyah seperti usrah daurah dan mukhayyam yang menjadi pegangan kukuh dalam kalangan ahli cukup untuk menjadikan PEMIKIR sebagai sebuah pertubuhan dakwah yang unggul satu ketika nanti. INYSA-ALLAH.


Allahuakbar!
Walillaahilhamd.

Apabila mantan-mantan ketua pelajar mendapat sentuhan islam,islah,dakwah dan tarbiyyah..
mereka mula ingin mencetuskan sesuatu.
mereka mula sedar..
yang kepemimpinan adalah perkara serius dan sangat diperlukan masyarakat sekitarnya..
maka mereka mula berhimpun,berfikir dan menzahirkan sesuatu..
dari sekecil2 nucleus usrah..
pemimpin-pemimpin ini berani menongkah arus..
maka lahirlah..
satu prtubuhan islam..
yang diasaskan oleh remaja islam..
berteraskan kepemimpinan islam..
kami persembahkan..

PEMIKIR!
(Pertubuhan Alumni Mantan Pemimpin Pelajar Terengganu)
Pencetus Delegasi Idea!



"IKHLASKAN DIRI KITA BERJUANG DALAM PEMIKIR KERANA ALLAH. SHBT-SHBTKU, PERCAYALAH, ANDAI KATA KITA IKHLAS DAN NAWAITU  HANYA KERANA ALLAH, KITA AKAN MENCAPAI KEJAYAAN. TEGUHKANLAH UKHWAH KITA. RAPATKAN SAF PERSAUDARAAN , MELANGKAH, BERGERAK DAN MARA BERSAMA SEBAGAI SATU KUMPULAN PEMIKIR. SHBT-SHBTKU, INGATLAH , REDHA ALLAH YANG KITA CARI. ANDAI KITA BERJAYA, MAKA IA KEMENANGAN DAN ANDAI KITA SYAHID, IA JUGA KEMENANGAN."


Akh Penasihat Kehormat Mat Azizur Raziz dan Akh Presiden,Mohd Shaheer Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...