Followers

Pages

Friday, January 28, 2011

DIA telah beli JIWA saya

bukan hanya berteori,tetapi membina


Assalamualaikum.
Saya terfikir untuk menulis artikel ini tika mana saya berada dalam balai pelepasan 'Gate 3' Lapangan Terbang Atarabangsa Kuching bagi menunggu penerbangan ke Miri jam 7.30 p.m.Saya akan ke Miri atas jemputan sahabat di Miri bagi mengendalikan program Keindahan BersamaMu disana.Saya akan bergandingan dengan YDP JPP Institut Perguruan Kampus Sarawak,Miri.

      Sebenarnya,terlalu banyak perkara yang sedang berlegar dalam benak otak saya sekarang.Secara jujurnya saya sangat sayu dan terharu apabila sahabat Miri sanggup menanggung perbelanjaan penerbangan,penginapan dan makan minun saya untuk memastikan saya sampai ke sana.Apakah kelulusan yang saya ada sehingga saya layak dilayan sebegitu rupa? Saya seorang pakar motivasi? Ustaz? Pemimpin mahasiswa? Ramai sahabat di kampus yang bertanyakan tujuan saya ke Miri.Jawapan saya mudah saja "saya ke Miri untuk Human Right issues".Rasanya,itulah jawapan yang terbaik dan dapat diterima oleh mereka memandangakan imej saya yang agak sebati dengan isu Palestin.Apakah permulaan bagi semua 'anugerah' dan 'nikmat' ini?Setahu saya,saya hanya mengenali seorang sahaja di Miri sana.Itu pun,saya dah lupa rupanya.Saya hanya tahu bahawa beliau adalah kawan baik ayah saya semasa sekolah menengah di kampung dulu.Sekarang,beliau adalah Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Islam  di Institut Perguruan Kampus Sarawak,Miri.

      Sepanjang saya berada dalam Balai Pelepasan,sahabat Miri tidak putus-putus mesej untuk memastikan saya selamat sampai.Very exited.Seolah-olah mereka sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk menyambut kedatangan saya.Saya hairan.Sedangkan saya langsung tidak pernah bertemu mereka!Inilah keindahan islam apabila mereka bermula dengan diri yang terdidik.Membina keperibadian muslim dalam bentuk halaqah-halaqah yang kecil.Individu yang berada dalam halaqah ini dususun dengan teratur.Ilmu yang diberikan berdasarkan keperluan hati.Ianya bertebaran diseluruh dunia dalam satu tanzim yang sangat kukuh.Merentasi sempadan politik dan kerajaan.Walaupun di mana muslim itu berada,fikrahnya sama.Matlamat kami jelas.Menggapai sayariat islam sehingga islam ini mentadbir alam.Oleh hal yang demikian,kerja kami mesti kuat.Muslim itu adalah sahabat yang patut dikasihi.Daripada itulah,terhasilnya seni ukhwah yang cukup indah.Seolah-olah kaum Ansar yang menantikan ketibaan Nabi Muhammad SAW.Walaupun mereka tidak pernah bertemu Baginda,namun mereka sangat sayang,sangat rindu dan tidak sabar-sabar menunggu kedatangannya.

Teringat daku pada doa rabitah yang dibaca saban hari..

"Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahMu.Hati-Hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan monyokong syariatMu.Maka eratkanlah Ya Allah,akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati ini akan jalannya yang sebenar..."

Petang itu,mata ku berlinang melafazkan bait-bait rabitah.Kerana aku betul-betul merasai keindahan berkasih-sayang dalam jamaah islam ini.Sangat indah.Sangat ajaib.

    Saya ke Miri adalah kerana urusan dakwah.Saya ke Miri kerana perjuangan islam ini tidak pernah memandang umur muda itu adalah budak hingusan dan picisan.Islam memandang tinggi kepada "HamassatuSyabab' ataupun semangat pemuda.Lebih-lebih lagi syabab ataupun pemuda yang sentiasa ditarbiyyah dan dibina.Pemuda yang dipantau mutabaah dan berkualiti amalnya.Pemuda ini sentiasa dahagakan ilmu.Oleh hal yang demikian,pemuda-pemuda seperti ini layak diberi amanah yang berat.Layak diberi kepercayaan dan layak menerima sedikit 'anugerah' bagi terus menghargai sumbangan pemuda ini.

Pemuda yang JIWAnya telah dibeli oleh Allah.

      Saya telah menjual diri saya kepada Allah.Saya tidak mempunyai pilihan selain menyerahkan apa yang telah saya jual kpd yang telah membelinya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka" At Taubah : 111

    Allah telah membeli jiwa saya.Dia berhak membuat sesuka hatiNya.Jika Dia ingin,Dia boleh menjadikan saya kaya.Jika Dia ingin,Dia boleh menjadikan saya miskin.Jika Dia ingin,Dia boleh menggagalkan peperiksaan saya.Jika Dia ingin,Dia juga boleh memberi saya 4.0 flat! Apakah wajar jika seseorang yang telah menjual seekor kambing memarahi orang yang telah membeli kambing tersebut kerana orang itu telah menyembelih kambing yang dibelinya?

Jiwa yang ditarbiyyah.

      Saya sangat merindui 'anak-anak' halaqah saya.Apa yang saya lalui sekarang membuatkan saya makin bersemangat untuk bersama-sama mereka.Tidak cukup jika saya hanya bersyarah.Saya mesti membina.Tidak cukup hanya bersemangat.Ianya mesti disokong oleh ilmu.Tidak cukup berteori.Kita mesti mempraktikkannya.Saya tidak mahu revolusi kerana saya percayakan evolusi.Lebih tersusun,lebih berdisiplin dan berstrategi!Ramai yang bertanya kepada saya.

"Adakah kamu tidak merasa perlakuan kamu ini hanya membuang masa?Membina manusia yang sedikit hampir bertahun-tahun.Sedangkan kamu boleh mendapatkan pemuda yang ramai dengan berceramah dihadapan khalayak umum?"

Saya hanya tersenyum.Saya bentangkan kepada mereka satu ayat quran yang mafhumnya;

"Wahai nabi Muhammad! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang.Jika ada 20 orang yang sabar diantara kamu,nescaya mereka dapat mengalahkan 200 musuh.Dan jika ada 100 orang yang sabar diantara kamu,nescaya mereka dapat mengalahkan 1000 orang kafir,kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti" Al-Anfal:65


Nah..! Allah menunjukkan nisbah bagi orang Mukmin dalam alQur'an.Bukan Muslim,tetapi Mukmin.Tidak cukup hanya sekadar islam.Tetapi mesti beriman.Nisbah 1:10 adalah satu ketetapan sunan qauniyyah (sains tulen) dalam Al Qur'an.Jika saya membina 10 orang yang beriman dan sabar,seolah-olah saya telah menyediakan 100 orang yang beriman dan sabar!

Jiwa-jiwa mereka juga telah dibeli oleh Allah SWT.Tidak salah jika saya memperkenalkan kepada kalian jiwa-jiwa yang bersemangat ini.Untuk entry yang seterusnya,saya akan memperkenalkan anak-anak usrah saya.Kerana saya sangat mengagumi mereka.

Dah nak naik flight...doakan.



 

3 comments:

  1. "DIA telah beli jiwa saya!"
    memberi makna yang mendalam sbg seorg mukmim..syabas akhi..

    ReplyDelete
  2. Binalah kekuatan diri untuk kekuatan tanzimi.Berjuang tanpa lelah demi Islam..jadilah pemimpin untuk kemanusiaan ini..berusaha dan bertawakal...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...